Permulaan Kedua

Assalamualaikum pembaca.


sebenarnya pada 12 disember 2011 yang lalu, sudah bermula lah semester kedua untuk aku dan rakan2 tesl yang lain. tapi ramai yang tak masuk kelas pada minggu tu. kebanyakan nya akan masuk kelas pada minggu ni iaitu 19 disember 2011. heeee


okay. semester pertama telah pon ku tutup bukunya. banyak sebenarnya pengalaman yang ku perolehi sepanjang aku belajar di unisel ini. ya. seronok sangat. tapi kite mesti lah kuat untuk 'survive' dalam perjalanan ini. paling aku terkejut ialah result aku untuk final exam tu. perghhhhh sumpah tak percaya. aku pun tak tahu apa yang aku belajar sampai aku boleh dapat pointer 3.44. wow to me itu dh hebat okay.


ibu pesan " jangan riak sangat dengan keputusan kite ni." baik ibu, ayong ingat pesan ibu. heee ibu and ayah belikan aku laptop baru. dell. warna biru. cantekkkk. haha lepas ni tak payah dah pinjam haziq punya laptop dah.


oh ye, 18 disember 2011 hari tu, genap lah 5 tahun usia perkenalan ku dengan ahmad alif. wow. 5 tahun dah. tak sangka lama jugak yea. bukan senang aku nak harungi 5tahun tu.


erm. semester baru telah pon bermula. azam baru telah pon ku tanam kan. usaha perlu ditingkatkan agar aku dapat capai ape yang aku hajati sebelum ini. semester baru ini kalau boleh aku nak semua carrymark aku 45 ke atas. yes. itu target aku. aku nak dapat kan dean list seperti yang lain.


Liana. Kau boleh lakukan nya. Berusaha lah :)